​KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: PADA MENGHADIRKAN KHADAM KOMUNIKASI

1. Semasa aku kecil dahulu, emak selalu mengingatkan aku tentang bunyi suara burung belatuk yang sedang membuat rumah pada batang kayu, di waktu malam berhampiran rumah kami di kampung.

2. Bunyinya seperti ini: https://youtu.be/7WnN6h_EYmA

3. Surah an-Namlu, Verse 22:
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

4. Ia adalah khadam ayat, ataupun jelmaan jin. Ia juga khadam benda kerana ia menjaga alatan-alatan komunikasi seperti satelit dan mobil dll.

5. Seperti yang aku selalu kisahkan bahawa hanset aku ini bernama (1) Maharaja Komunikasi dan (2) Sang Belatuk.

6. Kadang-kadang khadam komunikasi ini menjelma dalam bentuk burung merpati di luar pejabat aku tingkat tiga. Aku berkomunikasi dengannya menggunakan qarin jin aku.

7. Khadamnya aku warisi dari Sulaiman a.s. Jika aku ingin menghadirkannya aku ratib Ayat 22 Surah an-Namlu itu.

8. Ada kala ia menjelma bentuk manusia mencari kes-kes dan projek-projek untuk aku serta paling penting maklumat-maklumat sulit, ibarat pengitip dan pencuri rahsia orang.

TAHQIQ TENTANG ZAUQ ATAU ILMU “RASA” DALAM KELOMPOK SUFI ORANG MELAYU

1. Zauq atau rasa yang dikenali kelompok sufi Melayu itu adalah sebenarnya ‘ilham’ dari malaikat kepada orang beriman, sebagaimana hadis Rasulullah s. a. w. dalam Sunan at-Tirmizi:

3256» حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ عَنْ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنَ اللَّهِ فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ثُمَّ قَرَأَ: {الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ})).
قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَهُوَ حَدِيثُ أَبِي الأَحْوَصِ لاَ نَعْلَمُهُ مَرْفُوعًا إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي الأَحْوَصِ.

Terjemahan: Dari Abdullah Bin Mas’ud berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda:((Sesungguhnya bagi syaitan itu “lammah” bagi anak Adam, dan bagi malaikat “lammah” juga. Adapun “lammah” syaitan menjurus kepada keburukan dan mendustakan kebenaran. Adapun “lammah” malaikat menjurus kepada kebaikan dan membenarkan kebaikan. Barangsiapa mendapati itu maka hendaklah mengetahui bahawa ia datang dari Allah, maka bersyukurlah kepada Allah. Tetapi jika dia mendapati yang satu itu (lammah syaitan) maka hendaklah dia meminta berlindung dengan Allah dari syaitan. Kemudian baginda membaca ((الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ})) ((Syaitan itu menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kemungkaran)).

2. Lammah ini diulas oleh Dr Solah as-Showi sebagai:
هذا وإن لَـمَّةَ الشَّيطان تُسمَّى وَسْوَسَةً، وَلَـمَّةَ الْـمَلَكِ تُسمَّى إِلْـهَامًا

(Sesungguhnya “lammah” syaitan dinamakan was-was, dan “lammah” malaikat dinamakan ilham). Lihat: Dr Solah as-Showi di http://el-wasat.com/assawy/?p=2406

3. Oleh itu zauq atau rasa yang begitu popular di kalangan Orang Melayu haruslah menepati al-Quran dan Sunnah kerana jika bercanggah dari al-Quran dan Sunnah ia bukanlah dari malaikat. Sedangkan mereka merasa ilmu rasa mereka itu betul sedangkan ia bukan sahaja bukan dari malaikat tetapi bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.

4. Syaitan itu turun kepada pendusta dan pendosa [as-Syu’ara’: 222] dengan memberi “lammah” dalam hati mereka secara was-was [an-Nas: 5] yang mereka menyangka ia adalah “rasa” dari Allah tetapi sebenarnya dari syaitan. 

5. Rasa terus kepada Allah adalah hanya wujud pada masa Azazil mendekati Allah dan mencapai maqam tinggi, ketika al-Quran masih di Luh Mahfuz [al-Buruj:22] tetapi belum turun di bumi kerana sesuatu zauq atau rasa itu tidak boleh bercanggah dengan al-Quran yang sudah turun di bumi.

6. Zauq atau rasa yang tidak terikat dengan al-Quran dan Sunnah akan memberi kebebasan mutlak kepada seseorang sehingga melakukan “keburukan dan mendustakan kebenaran”, sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis di atas. 

7. Saya tidak menafikan wujudnya zauq dan rasa tetapi ia harus berlandas kepada al-Quran dan Sunnah. Dari satu aspek yang lain, kebolehan jin dan bunian merupa pelbagai itu menyebabkan zauq dan rasa berbeza. Begitu juga qarin jin yang wujud dalam tubuh kita itu menyebabkan rasa yang berbeza.

MEREDAKAN POLITIK KEBENCIAN

1. Politik itu saya takrifkan sebagai ‘satu seni untuk mendapatkan kuasa dan seni untuk mempertahankan kuasa’. Oleh kerana ia adalah satu seni [Kamus Dewan 4: Seni = Keindahan] maka ia seharusnya dilihat sebagai satu keindahan dalam mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa! Ahli poilitik adalah insan yang seni sebenarnya!

2. Kebencian adalah satu sifat ‘mazmumah’ atau tercela yang tidak patut dimiliki oleh insan yang seni. Ahli politik harus membuang perasaan kebencian dalam mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa kerana kebencian itu bukanlah sifat seni bagi ahli politik yang bersifat seni. Apabila ahli politik menanamkan atau mengamalkan kebencian dalam hal-ehwal politik mereka maka mereka akan dihukum oleh penyokong dan musuh. Mereka menempah kehancuran dalam kerjaya politik mereka.

3. Bagi membuang perasaan benci dan menyahkan kebencian amalan kebencian dalam kerjaya politik mereka maka mereka harus menggantikan kebencian dengan sifat keadilan. Adil dalam sesama ahli parti, sesama ahli politik dan musuh politik mereka juga kepada penentang mereka [al-Maidah: 8].

4. Kebencian ini boleh timbul dari berbagai faktor seperti iri-hati, dendam kesumat, tamak haloba, khianat, curiga dll. Dengan kata lain sifat-sifat tercela lain selain kebencian itu sendiri. Oleh itu ahli politik yang yang mempunyai dan mengamalkan politik kebencian adalah ahli politik yang penuh dengan sifat-sifat tercela.

5. Ahli politik harus mengerti bahawa dengan mereka mengamalkan politik kebencian mereka terdedah dengan hukuman-hukuman bukan setakat hilang pengaruh dan undi dalam pilihanraya atau pemilihan dalaman sahaja tetapi juga tindakan undang-undang seperti ‘defamation’, ‘criminal defamation’ dan ‘sedition’. Kerjaya politik mereka menjadi taruhan.

6. Berseni dalam berpolitik mereka harus menguasai ilmu taktikal. Berpolitik itu ibarat seperti ‘peperangan’. Menyerang kubu musuh dengan penuh seni peperangan tetapi peperangan politik dan mendapat pengaruh dalam parti dengan penuh seni. Seni itu hendaklah sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang. POLITIK, SENI DAN KUASA adalah sifir-sifir yang harus dihafal oleh ahli-ahli politik.

7. Mereka harus juga menghafal ’33 Strategi Perang’ seperti yang dihuraikan dalam ‘The 33 Strategies of War’ oleh Robert Greene. Mereka juga harus didedahkan dengan ‘The 48 Laws of Power’ oleh penulis yang sama, oleh kerana seni politik itu adalah seni untuk mendapatkan kuasa dan seni untuk mempertahankan kuasa. 


The 33 Strategies of War




The 48 Laws of Power

8. Bagaimanakah Daud memperolehi kuasa melalui peperangan dengan membunuh Jalut secara ‘patronage’ oleh Tholut [al-Baqarah: 247-251]. Daud kemudiannya mewariskan pemerintahannya kepada Sulaiman [an-Namlu: 16]. Ini adalah satu pengesahan kepada formula kekhalifahan yang berbentuk dinasti. Sehinggalah pada masa Sulaiman yang menguasai kerajaan yang sangat berkuasa dan luas. Kerajaan-kerajaan lain pun tunduk kepada kekuasaan Sulaiman. 

9. Adakah Tholut, Daud dan Sulaiman mengamalkan politik kebencian? Tidak! Mereka bersuluhkan wahyu pada zaman mereka. Mereka berperang kerana menentang kepada kekuasaan kekufuran. Kebencian adalah sifat keji yang diwarisi dari Iblis ke atas generasi Bani Adam dan orang-orang yang ikhlas dan beriman [al-Hijr: 39 -40; Saba’:20].

10. Memang tidak dapat dinafikan bahawa serangan-serangan politik adalah perlu dalam peperangan politik bagi mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa. Peluru-peluru dan bom-bom asap adalah perlu dalam peperangan politik. Namun ia harus kalis ‘after-attack’ yang boleh menyerang kembali seseorang ahli politik yang memuntahkan peluru-peluru serangan tersebut.

11. Oleh itu seorang ahli politik bukan setakat harus menguasai ilmu undang-undang atau paling kurangnya dinasihati tentang undang-undang tetapi juga memiliki sifat mahmudah yang terdapat dalam akhlak-akhlak Islam biasanya dalam gerakan pembersihan jiwa dan hati yang dipanggil tasawwuf! 

KESATUAN MELAYU

BAB: PERIHAL MELAYU DARI SUDUT GENETIK QARIN JINNYA

1. Melayu ini bangsa ‘hybrid’ ujar seorang rakan aku. Aku agak tergaman dan cuba memahami apa maksud ujaran rakan aku ini ketika dia utatarakan pendapat ini. Pertama, apakah maksud hybrid itu? Kedua apa yang spesial tentang Melayu yang dikatakan hybrid itu?

2. Lantas aku cuba mendalami tanpa bertanya kepada rakan aku yang mendedahkan kepada aku tentang maksudnya bahawa bangsa Melayu itu bangsa ‘hybrid’.

3. Mengikut kamus ‘hybrid’ itu bermaksud ‘kacuk’: KAMUS DEWAN 4

4. Seperti sifir genetik yang aku pernah katakan bahawa:

JIN + JIN = JIN

JIN + BUNIAN = BUNIAN

JIN + MANUSIA = BUNIAN

BUNIAN + BUNIAN = BUNIAN

BUNIAN + MANUSIA = MANUSIA

5. Perhatikan HANYA 1/5 sahaja berkemungkinan cara untuk melahirkan manusia. Selebihnya yang dihasilkan adalah BUNIAN dan JIN.  

6. Laluan aku bukanlah seorang saintis. Lantas aku seorang pengkaji ilmu-ilmu kebatinan tentang jin. Sehingga ada spesis basyar (manusia) menyangka aku ini adalah jin! Aku memerhatikan spesis basyar dan bunian yang dilahirkan di Alam Melayu banyak qarin jinnya adalah boleh merupa dan bersifat harimau. Oleh itu secara kebatinannya dia adalah Melayu asli kerana Alam Melayu ini secara majoritinya jin-jin yang menghuninya adalah spesis yang suka dan boleh merupa harimau. 

7. Namun seperti yang aku telah diberitahu bahawa bangsa Melayu itu bangsa ‘hybrid’. Aku dapati bahawa Melayu Kedah adalah dikacuk dengan spesis yang boleh terbang. Dengan kata lain bukannya harimau. Aku sangat-sangat ini berjumpa dengan spesis basyar dari Kedah asli bagi menentusahkannya bahawa qarin jinnya adalahn spesis yang boleh terbang.

8. Aku juga diberi maklumat bahawa jin itu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak. Ini ada benarnya juga kerana al-Qur’an menyifatkan ‘Dia dan kabilah-kabilahnya’ (هُوَ وَقَبِيلُهُ)[al-A’raf:27]. Dengan kata lain jin kabilah Melayu. Sefaham aku jin juga perlu untuk berkeluarga, beranak pinak dan mempunyai harta. Oleh itu mereka bukan di alam mereka sahaja. Mereka sebenarnya ada dan wujud di Alam Zahir atau Syahadah ini. Oleh itu adalah tidak benar bahawa jin hanya berada di alam mereka sahaja atau Alam Jin atau Alam Ghaib sahaja.

9.  Sukarnya Melayu untuk bersatu kerana mereka ini dipengaruhi oleh puak-puak dan kabilah-kabilah mereka yang berlainan spesis bagi jin dan qarin-qarin bagi spesis bunian dan manusia. Jika kita tidak membedah secara mata batin maka amatlah sukar untuk menyelesaikan permasalahan yang rumit ini iaitu: Kesatuan Melayu kerana kita hanya melihat kepada mata zahir sahaja! Kita melihat kepada perbatasan politik dan kenegrian sahaja.

10. Bertitik-tolak dari ini kita harus memerhatikan sifat-sifat qarin yang berbagai spesis untuk menyatukan Melayu. Bangsa-bangsa Melayu yang berbeza dari segi spesis mereka dari sudut mikroskop mata batin itu harus disatukan dengan titik-tolak pemerhatian kebatinan ini. Saya tidak menjumpai satu formula pun yang boleh menyatukan mereka yang berbangsa-bangsa dan berpuak-puak ini melainkan tali Allah!   

DARIHAL KEGHAIBAN DALAM BULAN RAMADHAN

<<1889» حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنِي اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي أَنَسٍ مَوْلَى التَّيْمِيِّينَ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ 
الشَّيَاطِينُ)).

SAHIH BUKHARI: HADIS NO: 1889

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda ((Apabila munculnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka jahannam dan dibelenggu syaitan-syaitan)).
1. Ada tiga petunjuk dalam hadis ini apabila menjelangnya bulan Ramadhan:
(1)dibuka pintu langit;
(2)ditutup pintu-pintu neraka jahannam; dan

(3)dibelenggu syaitan-syaitan.

2. Syarah Dan Pengajaran Hadis:
(1)Dibuka pintu langit
Ini menunjukkan bahawa dalam bulan ini hubungan Alam Atas (Langit) dan Alam Bawah (Bumi) adalah rapat dan intim. 
3. Seperti ditegaskan dalam ayat ini:
Surah Al-Qadr, Verse 4:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Melayu)

via iQuran

4. Ia juga menjadi isyarat bahawa ‘keangkasaan’ adalah lebih efektif dalam bulan ini. Spesis jin yang boleh terbang mengetahui tentang hakikat ini. 

Diperkuatkan lagi dengan ayat ini:
Surah Al-Hijr, Verse 14:
وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
(Melayu)

via iQuran

5. Saya berhujah Israk dan Mikraj itu berlaku dalam bulan Ramadhan kerana ciri-ciri bulan Ramadhan itu pintu-pintu langit dibuka.

6. Lailatul al-Qadr itu juga berlaku dalam bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan [al-Qadr:3].

(2)Ditutup pintu-pintu neraka jahannam;

Ciri ini juga agak istimewa dalam bulan Ramadhan kerana pintu-pintu neraka jahannam ditutup. Ini menunjukkan rahmat Allah kepada makhluk-Nya. Kemurkaan-Nya ‘mereda’ salam bulan ini. 

7. Mengapakah Rasulullah bersabda bahawa ‘ditutup pintu-pintu neraka jahannam’ tetapi tidak sebut ‘dibuka pintu-pintu syurga’? Kita lah yang menentu sendiri hala-tuju kita dengan ibadat puasa yang diwajibkan (كتب) dalam bulan Ramadhan ini. Samada kita ingin berbuat jahat atau baik kerana jika beebuat jahat ‘pintu-pintu neraka jahannam ditutup’. Kemurkaan Allah mereda dalam bulan ini.

(3)Dibelenggu syaitan-syaitan

Inilah tajuk yang saya ingin bahaskan seperti yang saya isyaratkan sebelum ini.
Seperti yang dipersoalkan oleh ramai ‘jika syaitan-syaitan dibelenggu’ kenapa masih wujud kejahatan sepanjang bulan Ramadhan?

8. Dengan berlapar dan berdahaga kita sebenarnya menjalani riyadiah an-nafsu atau latihan diri untuk mendekati kepada Allah agar kita mencapai tahap ‘taqwa’ [al-Baqarah: 183]. Sedangkan dengan ketaqwaan inilah sebenarnya kita paling mulia di sisi Allah [al-Hujurat: 13]. Perhatikan ayat ini Allah berfirman “Wahai sekalian manusia! Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadika kamu berbangsa-bangsa, berpuak-puak untuk berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa!”

9. Apakah maksud ini? Inilah rahsia kejadian kita yang pelbagai. Tiada beza atas kebangsaan dan jantina melainkan dia yang paling bertaqwa.

10. Kita harus berkenal-kenalan. Merentas spesis kita. Allah seru dengan kata “an-nās”. Satu perkataan yang umum. Mencakupi manusia, jin dan bunian.

11. Bagaimana pula syaitan dibelenggu? Saya tidak lagi melihat bahawa syaitan-syaitan yang bersepatu sebelah dirantai. 

12. Kekuatan tentera Allah adalah memuncak dalam bulan Ramadhan kerana musuhnya ‘terantai’. Dibelenggu pergerakannya!!

13. Apa yang perlu kita lihat dalam bulan puasa ini adalah tentang diri kita. Adalah bukan dalam Islam sahaja berlapar dan berdahaga bagi mempertajamkan latihan diri atau riadatul an-nafs. Agama-agama lain juga wujud latihan diri ini. Tujuannya, antaranya, untuk membuka mata batin.

14. Saya memerhatikan diri saya dalam bulan puasa, sebelum berbuka, lebih banyak dalam minda separuh sedar dalam melakukan urusan-urusan dunia. Ini bermakna diri saya telah dikuasai oleh qarin jin saya. Saudara-saudari bagaimana?

PERGERAKAN ALAM DARI SUDUT ILMU FALAK

1. Allah bersumpah dengan ‘kedudukan bintang-bintang'(بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ)[al-Wāqi’ah:75]. Ia adalah satu sumpah yang amat besar [al-Wāqi’ah:76]. Tentu ada maksud dan makna mengapa Pencipta bersumpah dengan makhluk yang diciptanya. Ia mempunyai kaitan dengan sumpah Allah tentang masa [al-‘Asr:1]. Pergerakan bintang-bintang yang bersifat ijbāriyyah seakan-akan mempengaruhi pergerakan makhluk di bumi yang bersifat ikhtiyāriyyah. Hukum mudah jika bintang terdekat panas terik kita akan kepanasan dan ikhtiyāriyyah kita untuk bergerak keluar diminimakan. Lebih luas lagi ia mencorak pergerakan kita di bumi. Lain lah bila datang malam apabila matahari yang menyinari di bahagian bumi yang lain, kita nyaman. Semua ini mempengaruhi pergerakan ikhtiyāriyyah kita. Ini lah asas kepada pergerakan bintang-bintang membolehkan kita meramal dan mengagak pergerakan makhluk pada saat dan waktu.

2. Saya mengkaji pergerakan alam yang berbentuk ijbar dan ikhtiar (طَوْعًا وَ كَرْهًا ). Saya dapati sebahagian dari af’āl kita adalah bersifat ijbariyyah (paksaan)(كَرْهًا) dan ada yang berbentuk ikhtiyāriyyah (pilihan)(طَوْعًا). Di sinilah rahsia pergerakan alam. Jam sebagai menyukat pergerakan alam. Kadang-kadang memberitahu kita apa yang akan berlaku dan apa sebenarnya yang berlaku pada saat dan waktu.

āl-‘Imrān:83

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

3. Bagi penduduk di bumi ada dua kiraan iaitu kiraan (1) qamariyyah (bedasarkan bulan). Ia juga disebut Lunar. (2) syamsiyyah (berdasarkan matahari). Ia juga disebut sebagai Gregorian. Kiraan qamariyyah adalah sesuai untuk mengira pergerakan kerohanian. Kerohanian itu berkait dengan malam. Bulan hanya mempunyai pengaruh apabila menjelang malam. Lagipun kiraan qamariyyan bermula apabila matahari tenggelam dan bulan muncul pada malam. Bahkan al-Quran sendiri menyebut tentang hari Sabtu dan Jumaat serta syahril haram. Hari Sabtu [al-Baqarah:65; an-Nisaa’: 47; 154; al-A’raf:163; an-Nahlu: 124] merupakan hari suci bagi Bani Israel pada zaman Musa a.s. Manakala hari Jumaat [al-Jumua:9] pula adalah hari yang mulia kepada umat Muhammad s.a.w. Begitu juga bulan-bulan tertentu adalah mempunyai nilai kerohanian bagi umat Muhammad seperti bulan Ramadhan yang diwajibkan untuk berpuasa. Lihat: al-Baqarah: 185. Juga bulan-bulan tertentu yang diharamkan berperang. Lihat: al-Baqarah: 217. Manakala kiraan syamsiyyah pula bermula pada pukul 12:00 AM. Namun begitu ia berfungsi apabila apabila matahari muncul pada waktu pagi. Manusia mencari rezeki apabila matahari muncul.

Surah al-Muzzammil; Ayat 6:

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

Surah al-Muzzammil; Ayat 7:

إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

4. Kita fokuskan kepada pergerakan syamsiyyah dalam mentafsir pergerakan alam dari sudut ilmu falak. Kiraan ini dengan melihat alat sukat masa yang dipanggil jam. Ia adalah satu disiplin ilmu horologi. Cara mentafsir dan meramal tentang pergerakan pada siang hari iaitu mengikut kiraan syamsiyyah adalah dengan melihat pada tarikh dan hari. Jika THU:29 kebiasaannya topik pergerakan alam adalah berkenaan TUNAI. THU:29. Jika THU:15 atau THU:25 atau THU:5 ia adalah berkisar tentang HUTANG. Jika anda mempunyai hutang maka anda harus bersedia untuk menerima tuntutan-tuntutan hutang pada hari tersebut apabila kod-kod masa itu menjelang. Jika MON:11 ia adalah berkitar tentang MONEY atau wang. Ia adalah hari baik untuk membuat wang.

5. Manakala WED (Wednesday) adalah topik berkisar tentang perkahwinan atau hal-ehwal lelaki dan wanita.

6. Menurut Dr Amran Kasimin di dalam bukunya Amalan Sihir Dalam Masyarakat Melayu: Satu Analisis bahawa santau yang dipuja pada malam bulan yang gelap kerana akan berfungsi. Ini menunjukkan bahawa kiraan qamariyyah itu berkait dengan kerohanian suci dan juga jahat. Surah al-Falaq itu berkait dengan malam. Biasanya kejahatan dilakukan pada malam hari.

7. Tentu anda mempunyai persoalan mengapakan pergerakan alam begitu iaitu boleh dibaca dengan saat dan waktu seperti di atas? Ia bergerak begitu kerana unsur-unsur kerohanian halus yang berkait dengan jin. Setiap insan itu mempunyai qarin jin. Jin bergerak dan berkomunikasi mengunakan kod-kod masa. Ia adalah rahsia ilmu gerak dalam pergerakan alam dari sudut ilmu falak.

KITAB YANG SEMPURNA PADA MEMBAHASKAN ILMU-ILMU JIN (الكتاب التام في علوم الجان)

BAB: PERANAN QARIN DALAM FUNGSI OTAK KIRI

1. Kita telah membincangkan bahawa setiap insan itu samada ia jin atau bunian atau basyar; mereka mempunyai qarin.

2. Sekarang kita lihat peranan qarin yang mengalir dalam darah tuannya kepada tuannya.

3. Konsep “istahwaza” (اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ) [al-Mujadilah:19] dan “takhabbut” (يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ) [al-Baqarah:275] terjadi bilamana qarin jin seseorang telah “menggagahi” tuannya. Ia juga boleh terjadi bilamana jin luar menyerang seseorang. Hukum jin luar masuk ke dalam tubuh orang lain adalah haram melainkan qarin seseorang itu berada dalam tubuh tuannya kerana di situlah sarangnya.

3. Mengapakah ini boleh terjadi? Masalah ini dijawab sendiri oleh ayat 19 Surah al-Mujadilah dan ayat 275 Surah al-Baqarah. Di dalam Surah al-Mujadilah:19 di sebut oleh angkara kealpaan dalam mengingati Allah. Tujuannya untuk menariknya kepada “Parti Syaitan”. Manakala ayat 275 Surah al-Baqarah menyatakan akibat angkara memakan secara tidak betul iaitu RIBA. Konklusinya, seseorang itu tidak stabil kerana peranan “jin”.

4. Ini juga menjawab kepada tajuk kita peranan qarin dalam fungsi otak kiri.

5. Apabila kita berdepan dengan seseorang yang lagi kuat kerohaniannya maka dia bisa mengajak qarin jin yang menghuni dan bersarang dalam tubuh kita untuk berbicara. Ia boleh terjadi dengan selang-seli iaitu sekejap qarin dan sekejap tuannya. Inilah jawapan bagi pengkaji minda separa sedar.

6. Jin yang menghuni di dalam tubuh atau disebut qarin “keluar” dari sarangnya apabila seseorang di depannya berupaya mengajaknya untuk berbicara atau atas kemahuan qarin itu sendiri. Dengan menekan beberapa bahagian otak kiri tuannya menyebabkan tuannya “terpukau” dan jasad tuannya telah “dirampas” oleh qarinnya. Saya tidak tahu samada situasi ini dikenali dalam psikoanalisis sebagai “unconscious” atau “subconscious” mind. Apapun ini situasi dimana seseorang itu telah “istahwaza” atau “takhabbut” oleh jin.

7. Qarin yang telah memunculkan diri akibat merampas minda sedar tuannya akan berbicara dengan orang di depannya sebagaimana kebiasaan jin berbicara iaitu menggunakan bahasa kod-kod bagi menjelaskan sesuatu kerana diri yang muncul ketika itu bukan tuannya tapi qarinnya jua.

8. Bagi pengamal pengubatan Islam inilah kaedah yang dicari mereka bagi mengubati seseorang yang samada tuannya sakit atau qarinnya atau kedua-duanya iaitu dengan menanya qarin jin yang bersifat ghaib dan mengetahui tentang hal-hal keghaiban setakat dia berkebolehan.

9. Muhammad Isa Daud dalam bukunya Dialog Dengan Jin Muslim telah bersembang dengan panjang lebar dengan jin yang menumpanggi tubuh seseorang tentang hal-ehwal jin. Tiadalah tubuh itu, pada pendapatku, melainkan tubuh jin semata-mata.

10. Bagi mengenali samada yang sedang berbicara itu qarin atau tuannya adalah (1) gaya pertuturan (2) warna mata. Kadang-kadang yang dilihat itu asing dari kebiasaan seperti kanak-kanak bercelak dan bermake-up sedangkan dalam rumah tiada make-up dan kebiasaannya kanak-kanak itu tidak pernah bermake-up maka sahlah itulah qarinnya samada dia menzahirkan diri atau kasyaf orang yang melihatnya.

11. Warna mata memain peranan juga. Orang telah sebati dengan qarinnya berbeza dengan warna matanya ketika dia dalam minda sedar.

12. Satu perkara perlu ditegaskan di sini apabila kita berhadapan dengan seorang lelaki berkemungkinan yang menzahirkan diri itu tuannya atau qarinnya atau malaikat sekali-sekala menjalankan tugasnya.

13. Ilmu ini jika dipraktik bukan sahaja dalam perubatan oleh perawat-perawat tetapi juga merentas disiplin kerjaya.

PENILAIAN ASET-ASET DARI SUDUT METODOLOGI EKSTRINSIK DAN INTRINSIK

1. Sesuatu aset yang menjadi hobi atau keperluan perlu dinilai secara metodologi ekstrinsik dan intrinsik agar kemilik aset-aset dapat menentukan nilainya dan bagi mengelak kerugian atau pembaziran. Dengan kata-lain pemilik aset-aset dapat membuat keuntungan dengan aset-aset mereka. Semua orang tidak inginkan pembaziran dan kerugian. Namun jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaburan mereka dalam hobi dan keperluan mereka boleh terjebak dalam pembaziran dan kerugian.

2. Pengumpulan aset-aset yang berbentuk hobi dan keperluan boleh menjana keuntungan kepada seseorang dengan cara mengetahui ‘penilaian aset-aset dari sudut metodologi ekstrinsik dan intrinsik’ seperti yang kita akan bincangkan seterusnya.

3. Ia adalah bermakna samada sesuatu hobi atau keperluan kepada aset-aset itu mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik. Sedangkan asma’ benda-benda itulah yang telah diajar kepada Adam dan disimpan cipnya dalam kepala anak-anak Adam [al-Baqarah: 31] yang melayakkan spesis basyar menjadi ‘khalifah'[al-Baqarah: 30; Sad: 26]. Dunia ini yang saya lihat dipimpin oleh spesis jin dan bunian kerana kegagalan spesis basyar berfungsi sebagai ‘khalifah’ kerana, tetapi tidak terhad, antaranya kegagalan mereka memahami asma’ benda-benda dan nilainya dari sudut ekstrinsik dan intrinsik.

4. Tidak dapat dinafikan bahada spesis basyar pernah memimpin dunia iaitu pada zaman Daud a.s. dan Sulaiman a.s. Apakah rahsia dua orang spesis basyar ini dapat memimpin dunia? Mereka memahami rahsia alam dan benda-benda! Daud bukan sahaja dilihat dari aspek kerohanian yang mana berzikir sehingga burung-burung dan gunung-ganang berzikir bersamanya, tetapi memahami asma’ logam sehingga dapat melunakkan besi. Besi atau logam menjadi teknologi terpenting dalam sesuatu peperangan yang tidak dapat dielak jika diplomasi menemui kegagalan. Sulaiman pula dapat mengetahui rahsia asma’ alam seperti alam jin, bunian, komunikasi, angin, pembinaan, haiwan dan ilmu kenegaraan.

5. Selepas kewafatan mereka berdua ini yang bersifat ‘malikan nabiyyan’ (مَلِكًا نَبِيًّا) , dunia ketandusan kepimpinan dari spesis basyar. Muhammad s.a.w. pula bersifat ‘abdan rasūlan’ (عَبْدًا رَسُولًا) . Masih menjadi pemimpin tetapi pemimpin yang mendahulukan sebagai seorang ‘hamba rasul’ dari seorang ‘raja nabi’. Sedangkan spesis basyar atau anak-anak Adam ini dimuliakan oleh Allah dari ciptaan-ciptaanya yang lain [al-Israa’: 70]. Nasab Muhammad s.a.w. adalah terputus dengan Adam kerana baginda tidak berayah dan hanya beribukan Maryam Ibnatu ‘Imran. Baginda adalah Isa Ibnu Maryam. Baginda adalah manifestasi kekuasaan Allah yang bersifat ‘kun fa yakun’ [al-‘Imrān:59]. Maka jadilah ‘ciptaan baru’ [Fatir: 16].

6. Mengapakah sesuatu benda-benda atau aset-aset itu harus dinilai dari sudut ekstrinsik dan intrinsik? Benda-benda atau aset-aset itu seperti manusia juga yang mana mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik. Bagaimana itu? Secara lahiriyyah/ zahir atau ekstrinsik, manusia mempunyai jasad yang dapat dinilai oleh mata-kasar. Oleh itu penilaian ekstrinsik, manusia adalah pada warna kulitnya, kecantikannya dan ketampanannya, fizikal tubuhnya dan lain-lain. Manakala, nilai intrinsik, manusia adalah pada qarin jinnya, rohnya, hatinya, budi-pekertinya, kecerdikannya dan yang lebih penting pada keimanan dan ketaqwaannya [al-Hujuraat: 13]. Begitulah, benda-benda atau aset-aset, ia dilihat dari segi lahiriyyahnya atau zahir dan batin. Ekstrinsik dan intrinsik.

7. Pemilikan aset-aset oleh seseorang itu berkait rapat dengan qarin jinnya. Seakan ada hubungan ghaib di antara qarin jin seseorang dengan aset-aset tersebut. Jika aset-aset diperolehi secara suka sama suka maka aset itu adalah aset bernilai. Tetapi jika sesuatu aset itu diperolehi secara bathil maka ia merupakan aset beracun (toxic asset).

8. Saya harus memberi contoh satu persatu tentang benda-benda attua aset-aset dalam menilainya dari sudut metodologi ekstrinsik dan intrinsik. Namun, bukan semua benda-benda atau aset-aset kerana saya akan ketandusan dakwat pena dalam menulis dan menilai secara keseluruhan. Eloklah saya bermula dengan aset-aset yang saya telah mengumpulnya dan mengkajinya. Aset-aset atau benda-benda itu terdiri dari dua iaitu samada benda-benda atau aset-aset yang hidup seperti haiwan atau aset-aset atau benda-benda yang jamadat (tetap). Dari contoh-contoh yang saya beri saudara-saudari harus berfikir dan membandingkannya sendiri.

9. Perlu saudara-saudari fahami bahada kadang-kadang nilai intrinsik adalah lebih utama dari nilai ekstrinsik. ‘Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.'[al-Hujuraat: 13]. Begitulah juga dengan aset-aset dan benda-benda yang paling bernilai adalah nilai instrinsiknya yang tiada tolak-banding.

10. Di antara aset-aset atau benda-benda yang bernilai adalah wujud khadam-khadam jin yang menjaga aset-aset atau benda-benda tersebut. Khadam-khadam jin tersebut hendaklah secara alami bukan perjanjian syirik antara pemilik dan jin yang disebut dalam ayat ke-enam Surah al-Jin. Perlu dingat bahawa bukan semua aset-aset tau benda-benda mempunyai khadam.

11. Kita bermula dengan keris. Melihat keris dari sudut ekstrinsiknya terlebih dahulu. Dari segi hulunya, sapirnya dan mata keris. Banyak buku-buku yang membincangkan tentang nilai ekstrinsik keris serta bagaimana untuk mendapatkan keris yang baik pada zahir atau lahiriyyahnya. Buku-buku yang baik untuk dibaca tentang keris adalah seperti ‘Mata Keris & Bentuknya’ oleh Dato’ Shahrum Yub dan ‘Ensiklopedi Keris’ oleh Bambang Harsrinuksmo. Tetapi, bagaimana pula dengan nilai intrinsiknya? Kita perlu mengkaji tentang Surah al-Hadid dalam menilai keris dari sudut intrinsiknya. Keris yang baik ia boleh menyerang secara ghaib.

12. Kita bermula dengan berlian yang menjadi buruan ramai dan harga tertinggi berbanding dengan permata-permata lain. Perlu kita berfikir mengapakah Koh-I-Noor menjadi rebutan, bukan setakat perseorangan tetapi antara negara-negara seperti UK, Pakistan dan India. Adakah setakat nilai ekstrinsiknya sahaja iaitu 4C? Atau wujud nilai intrinsiknya seperti kata-kata yang terkenal tentangnya ‘whoever own Koh-I-Noor will rule the world’. Saya pernah mendapat satu cincin berpermata kokka, tetapi ada dua testimoni dari dua orang berbeza bahawa ia adalah batu delima yang unik. ‘Kokka’ atau permata delima ini pernah diuji dalam makmal dengan dipancarkan cahaya laser kearahnya, kemudian delima ini telah memancarkan cahaya melawan cahaya laser itu. Berkenaan batu permata eloklah bagi yang baru menceburinya memiliki batu-batu yang murah seperti aqiq dan batu bukit. Biasanya batu aqiq diimport dari luar negara. Batu bukit banyak terdapat di Alam Melayu. Sharat memiliki batu permata adalah mudah, ia hendaklah adalah ‘BATU’ asli, bukan batu hasilan makmal. Ramai yang terjebak memiliki batu permata makmal menyebabkan ia tiada nilai ekstrinsik dan jauh lagi nilai intrinsik. Apakan nilai intrinsik sebutir permata? Saudara-saudari hendaklah mengetahui bahawa batuan asli mempunyai nilai instrinsik tenaga dalam. Qarin jin kita akan mendapat tenaga dengan batu permata tersebut. Ia akan membantu kita, tetapi tidak terhad, dalam berfikir dan bertutur-kata. Bahkan memberi tenaga batin kepada qarin jin kita.

13. Kenderaan dari sudut ekstrinsiknya menggerakkan kita dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Ia juga sebagai perhiasan [an-Nahl: 8]. Kenderaan terbaik adalah yang disenaraikan sebagai ‘limited edition’. Walau ia agak sukar untuk menjaganya tetapi ia mempunayi nilai intrinsik yang tinggi kerana apabila sampai saat dan waktunya ia adalah barang yang ‘rare’. Harganya boleh berlipat-kali ganda dari harga ketika mula-mula diperolehi.

14. Lukisan adalah hasil seni manusia. Ia bukan semula jadi. Hasil seni seseorang pelukis berbeza dengan pelukis yang lain. Nilai ekstrinsiknya ialah kepada keseniaannya. Nilai instrinsiknya adalah nilai kepada sesuatu lukisan itu samada ia ‘hidup’. Bagaimanakah sesuatu lukisan itu hidup? Ia hidup jika ia mempunyai pertalian dengan pelukisnya tetapi lebih aula jika sesuatu lukisan itu mempunyai mempunyai pertalian ghaib dengan pemiliknya dan pelukisnya.

15. Hobi atau keperluan kepada aset-aset atau benda-benda bukan setakat merupakan terapi minda dan jiwa terapi ia boleh menjana keuntungan berlipat kali-ganda jika ia mempunyai nilai ekstrinsik dan intrinsik.

HATI-HATI YANG DIIKAT

1. Hati nurani itu bagaikan suatu yang hidup. Mempunyai mata dan aqal. Nurani tapi seperti fizikal boleh diikat.

2. Allah berfirman:

Surah al-Hajj, Verse 46:

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

3. Al-Qulub atau singularnya al-Qalbu itu mempunyai mata yang boleh melihatdan aqal  dalam memahami sesuatu.

4. Hati-hati juga boleh diikat. Allah berfirman:

Surah al-Kahfi, Verse 14:

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

5. Hati-hati itu diikat secara majaz. Perkataan ‘Dan kami ikat’ (وَرَبَطْنَا) mempunyai maksud hati yang mempunyai talian ikatan antara satu sama lain. Jika seorang terguris, maka seorang lagi yang terikat hati dengan yang terguris itu juga akan merasai gurisan itu di dalam hati.

6. Mereka itu cinta akan Allah dan bercinta kerana Allah. Maka Allah mengikat hati-hati mereka dalam keimanan.

7. Begitulah juga sepasang kekasih yang sedang bercinta. Seorang dapat merasai perasaan pasangannya. Mengetahui akan hal dan keadaan kekasihnya dengan mata hati dan ikatan hati yang telah dikurniakan oleh Allah. 

8. Di sinilah rahsia kekuasaan Allah dalam mempertautkan dua insan yang sedang berkasih. Ia adalah rahsia kehidupan sebenarnya!

9. Di dalam Sohih Muslim Hadis No: 6714.

«6714» حَدَّثَنِي عَبْدُ الأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لاَ غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ)).

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda:(( Sesungguhnya seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung lain, maka Allah mengutuskan seorang malaikat mendatanginya dan bertanya: Kemana kamu mahu pergi? Lelaki itu berkata: Aku ingin menziarahi seorang lelaki di kampung ini. Malaikat itu bertanya: Adakah bagi kamu mendapati darinya apa-apa faedah? Dia berkata: Tiada, melainkan aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Aku adalah utusan Allah kepada kamu bahawa Allah mencintai kamu sebagaimana kamu mencintainya.))

10. Itulah keajaiban cinta kerana Allah. Sehingga Allah mencintai kita. Campurtangan makhluk seni yang bernama malaikat.

11. Rahsia umat yang satu (أُمَّةً وَاحِدَةً)[az-Zukhruf:33] terlaksana kerana hati-hati umat yang satu itu diikat atas dasar keimanan oleh Allah.

12. Umat Yang Satu itu bukan satu utopia. Ashābul Kahfi pernah mengalaminya!

KEAJAIBAN FANA’ DAN BAQA’

1. Allah berfirman : 

Surah ar-Rahmān, Verse 26:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

Surah ar-Rahmān, Verse 27:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

2. Oleh itu fana’ berturutan dan berkait rapat dengan baqa’.

3. Fana’ dalam istilah tasawuf hendaklah menepati pengertian ayat ini. Maka tidak benarlah konsep ittihad (الإتحاد) atau wehdatul wujud (وحدة الوجود) sebagaimana yang diwar-warkan oleh sebahagian ahli tasawuf. Kerana jikalah ittihad atau kesatuan makhluq dan khaliq itu boleh berlaku apabila fana’ maka mengapakan yang baqa’ itu HANYA adalah Allah?

4. Manāzil fana’ ini ialah apabila seorang sālik telah menembus benteng pemisah antara khāliq dan makhluk. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. naik ke Sidratul Muntaha ‘bertemu’ Allah. Hakikatnya, Allah itu tidak serupa dengan makhluk dan tidak bertempat sebagaimana firmannya: as-Syūra: 11 [لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ].[Tiada sesuatu yang menyerupai-Nya]. Jika sesuatu itu menyerupai Allah maka itu bukanlah Dia.

6. Apabila sahaja fana’ seorang sālik maka tiada apa yang ada dalam hatinya melainkan ingatkan Allah. Dia sedar dalam tenggelam dalam asyik cintanya kepada Allah. Inilah maksud firman Allah: 

Surah al-Hadid, Verse 16:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.

7. Hal-ehwalnya fana’ seorang sālik ini boleh terjadi dia bezikir ketika berjalan tetapi dia masih sedar ketika melintas jalan-raya tentang kereta yang lalu-lalang.

8. Bagaimanakah seorang itu boleh fana’? Seseorang boleh fana’ dengan berbagai cara. Ada orang dengan membaca al-Quran. Dan bacaan al-Quran itu pula dengan surah-surah tertentu yang dicintainya bagi dijadikan zikir-zikirnya. Ada yang secara solat. Ada yang secara manāsik. Ada secara berpuasa. Ada secara zikir-zikir ma’thur. Dan berbagai cara lagi Allah menjemput hamba-Nya untuk ‘bermesra’ dengan-Nya.

9. Alam Syahadah juga boleh fana’ kerana ia adalah makhluk. Jika seseorang yaqozoh (mimpi secara jaga) maka Alam Mimpi Yaqozoh itu adalah sesuatu boleh disentuh tetapi ia adalah Alam Syahadah yang telah fana’. Dia berada di dimensi masa dan tempat yang lain. Inilah maksud hadis Sohih Bukhari: 

«6993» حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ عَنْ يُونُسَ عَنِ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ، وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي)). قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ إِذَا رَآهُ فِي صُورَتِهِ.

((Sesiapa melihatku pada waktu tidur maka dia akan melihatku dalam yaqozoh, dan tidaklah syaitan menyerupaiku.))

10. Al-yaqozoh (الْيَقَظَةِ) boleh ditafsir dua maksud (1) Alam Syahadah (2) Mimpi Jaga. Oleh itu Rasulullah s.a.w. itu adalah Isa Ibnu Maryam yang ditunggu-tunggu. Manalah ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad kerana baginda adalah penutup para nabi: [Surah al-Ahzāb:40 : وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ]. Rasulullah itu mempunyai pelbagai nama: Rujuk Zād al-Ma’ad Fi Hadyi Khairal Ibād. Dia juga Muhammad Bin Abdullah. Dia jugalah Ahmad. Dia jugalah Isa Ibnu Maryam. 

11. Konsep masa itu adalah relatif. Apabila seseorang sālik itu telah menembus Alam Ghaib terutama Alam Mimpi Yaqozoh masa hendaklah ditafsirkan seperti yang dilihatnya tetapi hakikatnya masa ketika itu adalah relatif. Hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang pergerakan masa waktu itu. Allah berupaya mengubah malam menjadi siang.

Allah berfirman Surah an-Nur:44:

يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Allah menukar malam menjadi siang.

Inilah maksud Sohih Bukhari:
«6181» حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يُونُسَ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((قَالَ اللَّهُ يَسُبُّ بَنُو آدَمَ الدَّهْرَ، وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ)).

((Allah berfirman: Bani Adam mencerca masa, Aku adalah masa, di tangan-Ku lah malam dan siang))

12. Fana’ terbesar adalah kemusnahan kepada Alam Syahadah ini yang dipanggil ‘kiamat’. Segala makhluk dicabut nyawa. Itulah maksud fana’ di dalam Surah ar-Rahman: 26-27. Yang baqa’ hanyalah wajah Allah!

Artikel ini ditulis di Alam Mimpi Yaqozoh: 16/3/2016.